Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.















Selasa, 27 April 2010

PESANAN RASULULLAH TERHADAP WANITA

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).


2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.


4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).


8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.


p/s: sekadar mengingati diri dan para akhwat sekalian.. alangkah mudahnya utk kita melangkah ke syurga, tp mengapa lebih ramai di kalangan kita yg menghuni neraka nnti?renung-renungkanlah~~

Isnin, 19 April 2010

Mengapa Solat Dipandang Enteng?

Salam buat ikhwan dan akhuwat,
maaflah lama benar saya xupdate blog ni...bkn la sbb sibuk sgt...cuma tiada idea utk dikongsi bersama...bg saya biarlah setiap entry saya mendapat manfaat dan renungan kita bersama... sy xmahu hnya copy paste dr tempat lain dan berpura-pura semua itu dtg dr hati saya... bkn xbleh nk copy, tp biarlah berpada dan ada yg dtg dr hati sy sendiri..
hari ni sy nk teman2 renungkn situasi masyarakat zmn skrg... solat bkn lagi keutamaan kita... semua orang Islam mahu mengaku dirinya Islam, tetapi berapa ramai yg mengaku Islam itu bersolat 5kali sehari semalam?

Firman Alah s.w.t yang bermaksud :

... maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin. (an-Nisa-103)
~jelas sekali solat itu wajib keatas setiap muslim, semua orang Islam tahu akan hakikat ini, tp xsemua yg mahu mengerjakannya... mengapa manusia kini tidak mahu bersyukur pada penciptanya lagi?

Hadis Rasulullah s.a.w :
Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya. ( Riwayat Baihaqi )
~mahukah kita runtuhkan agama kita yg sgt cintai ini? andai kita bertanya pada setiap muslim...pasti mereka menyatakn tidak sanggup...tp tnpa mereka sedari, mereka telah meruntuhkan agama mereka....

Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al - Hakim
~Allah begitu mengutamakn solat hingga mengizinkan anak2 kecil seawal umur 10 tahun dipukul andai mereka xmahu bersolat... ini untuk mengajar mereka bahawa solat itu sgt penting...

Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"
~semua org hafal rukun Islam kn? tapi ramai mana yg melaksanakan setiap rukun itu?

Kata Abdullah ibn Mas'ud:

"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.'
~banyak hadis didepan mata...tp kenapa kita butakan juga mata kita? sesungguhnya teman2, solat itu ibarat menunjukkan rasa syukur kita pada Allah dan juga doa kita padaNya...Allah itu Maha Mengasihi, Dia begitu sukakn hambaNya yg berdoa dan meminta padaNya...tetapi mengapa kita tidak pernah mengambil peluang ini?


saya sedar, saya juga hamba yg byk khilaf.... marilah sama2 kita muhasabah diri... bg yg sudah mengerjakan solat 5x sehari, adakah solat kita sudah sempurna dan khusyuk? adakah bacaan kita betul? masih terlalu byk khilaf yg kita lakukan... saya memperingati diri saya sendiri dan teman2 sekelian... semoga kita tergolong dlm golongan yg beriman dan peroleh syafaat di akhirat nnti...amin~~

Selasa, 6 April 2010

Aku rindukan Ar-Rahman~

Semalam ntah mengapa aku begitu rindukan surah Ar-Rahman, terasa ingin membaca surah tu begitu menebal dalam jiwa... aku sendiri tak pasti mengapa. mungkin kerana aku telah baca satu blog ni yg telah menceritakan tentang mimpinya tentang suaminya membacakan surah itu saat usai akad nikah. mungkin itu yang menyebabkan aku ingin sekali membaca surah itu.
sebenarnya zaman sekolah dulu, aku rajin baca surah ni sebab surah ni adalah antara surah yang paling aku gemari. aku ingin berkongsi dengan kalian terjemahan surah ini.

[1](Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
[2]Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[3]Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
[4]Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
[5]Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
[6]Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
[7]Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
[8]Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
[9]Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
[10]Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
[11]Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
[12]Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
[13]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[14]Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
[15]Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
[16]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[17](Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
[18]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[19]Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20]Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
[21]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[22]Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
[23]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[24]Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
[25]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[26]Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
[27]Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
[28]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[29]Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[30]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
[31]Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
[32]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[33]Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[35]Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[37]Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
[38]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[39]Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[40]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[41]Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[42]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[43](Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
[44]Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
[45]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[46]Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
[47]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[48](Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
[49]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[50]Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
[51]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
[52]Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
[53]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[54]Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[55]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[56]Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
[57]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[58]Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
[59]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[60]Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
[61]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[62]Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
[63]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[64]Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
[65]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[66]Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
[67]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[68]Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
[69]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[70]Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
[71]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[72]Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
[73]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[74](Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
[75]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[76]Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
[77]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[78]Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

semalam, saat sedang membaca surah ini, tiba-tiba ibuku mencium kepalaku sedangkan selama ini dia sgt jrg berbuat demikian, katanya, itu tandanya sayang. aku terkedu, ada air jernih yang ingin mengalir, tapi aku tahan. Ya Allah, Kau telah memberikan rahmat padaku terus semalam. terima kasih Ya Allah~~