Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.















Khamis, 11 November 2010

Sentuhan sesama bukan Mahram~

Assalammualaikum

Agak lama rupanya tak menjengah di blog ini. Maafkan AK yang mengabaikan blog ini dek kerna sibuk dengan blog-blog lain. Lagipun untuk menulis di blog ni memerlukan masa yang lebih berbanding blog lain kerana banyak yang perlu diperkatakan.Jadi AK membuat solusi untuk menulis dulu setiap perkara yang ingin AK sampaikan sebelum update di blog. 


Semalam terbaca di ruangan Yahoo tentang salah seorang Menteri di Indonesia yang dikhabarkan terpaksa bersalaman dengan Michelle Obama gara-gara merasa dipaksa. Tapi bukan itu yang AK mahu bincangkan walaupun ada komen-komen kurang enak yang dilemparkan masyarakat antarabangsa pada perkara tersebut. Kita tidak boleh menyalahkan masyarakat kerana mereka sendiri kurang arif tentang hukum-hakam yang telah termaktub dalam Al-Quran. Kita tidak seharusnya mencerca mereka sebaliknya merasa kasihan kerana mereka tidak mendapat hidayah dari Allah untuk melihat kebenaran Islam yang kita anuti.

Tapi sebagai Islam, kita sendiri kebanyakannya sudah lari dari landasan sebenar. Perkara yang ingin AK sentuh hari ni kena dengan peristiwa yang berlaku pada menteri tersebut, iaitu soal bersentuhan dalam Islam.
Anak-anak di sekolah pun sudah diajar bahawa bersentuhan sesama muhrim itu haram hukumnya, kalau cakap soal bukan mahram pulak, kita tentu tahu, mereka itu ialah orang yang boleh berkahwin dengan kita.

Dalam kehidupan seharian AK pun tidak terkecuali berhadapan dengan masalah nak menjaga perkara ini. Setiap kali pasti ada tidak sengaja, tersentuh jugak. Contohnya di kedai makan misalnya, bila kita hendak mengambil duit baki, kadangkala akan tersentuh peniaga. AK mmg selalu terjadi macam ni, tapi kalau boleh mahu sangat-sangat elakkan. Kadang-kadang rasa macam nak pakai sarung tangan, tapi AK belum jumpa sarung tangan yang sesuai. Dan kalau pakai pun, mesti orang akan pandang pelik. Takkanlah nak makan di kedai makan pun nak bersarung tangan kan? Apatah lagi, mestilah nak makan dengan tangan jugak.

Tapi Islam itu memudahkan, bukan menyusahkan. Kena lebih berhati-hati supaya tak bersentuh. Ok tinggalkan soal tu, sebab perkara yang lebih serius ialah, masyarakat sekarang sudah terlalu mengabaikan soal ini. Memang kita sudah hampir ke akhir zaman...
Cuba kita tengok situasi sekarang, bilamana seorang perempuan yang pakai tudung pun belum tentu akan menjaga auratnya, dari bersentuhan dengan bukan mahramnya. Bagi mereka, sentuhan itu tidak membawa apa-apa makna. Sedangkan bagi kaum lelaki, dengan sedikit sentuhan pun nafsu syahwat mereka boleh naik. Maaf AK bukan orang yang selayaknya bercerita tentang nafsu syahwat sebab AK belum berkahwin. Tapi tanyalah pada kaum lelaki, betapa mudahnya nafsu mereka terusik bila melihat perempuan. Walhal perempuan yang menutup aurat dengan sempurna pun boleh menggugat iman mereka.

AK dapati perkara ini sudah dipandang enteng masyarakat Islam sekarang. Halal dan haram sudah bercampur aduk dalam situasi yang mereka gelar arus kemodenan sedangkan Islam itu syumul dan sesuai untuk semua zaman.
AK sekadar mahu mengingatkan diri dan kita semua, betapa perkara ini sudah sangat-sangat dipinggirkan. Tak perlu menuding jari pada penzinaan yang kian melambak di dada-dada akhbar, tapi fikir dulu dari mana penzinaan itu bermula kalu tidak dari satu sentuhan. Sentuhan antara lelaki dan wanita. Jika anak-anak gadis itu tak benarkan mereka disentuh, takkan perkara itu terjadi, dan jika lelaki tak meminta untuk menyentuh, pasti semua ini takkan terjadi. 

Kesimpulannya kita semua harus menjaga diri kita, berlandaskan keimanan. Jika perkara sekecil satu sentuhan ini pun sudah tidak dipedulikan, apatah lagi hal-hal besar yang lain seperti solat dan lain-lain. InsyaAllah ada masa AK akan menulis lagi.

AK bukanlah penceramah mahupun orang yang arif tentang agama, namun ini ialah pendapat AK berlandaskan pembacaan dan pengetahuan AK. AK menulis kerana tanggungjawab pada agama, dan penulisan ialah perkara yang AK sgt gemari. Harap andai ada salah silap mohon dibetulkan.

1 ulasan:

Myvitrd berkata...

Sebab tu pemimpin atasan kena bagi contoh pada orang bawahan.. kalau peminpin atasan pon ambil acuh tak acuh je.. macam mana orang bawahan nak ambil contoh.. sendiri fikir... rasanya masa dekat sekolah semua dah diajar tentang halal haram.. tapi bila dah dewasa.. segala dibolehkan.. masyaallah.. sedarlah wahai umat islam semua